Wednesday, October 19, 2011

Dana Unit Trust Public Ittikal Dibuka Semula (Berkuatkuasa 20 Oktober 2011) Untuk Pelaburan melalui KWSP sahaja

Assalamualaikum semua. Sukacita dimaklumkan bahawa Dana Unit Trust Public Mutual yang diminati ramai iaitu Dana Public Ittikal akan dibuka semula berkuatkuasa pada 20 Oktober 2011 ini.

Walau bagaimana pun, ia hanya dibuka semula untuk pelaburan melalui KWSP sahaja. Sehubungan itu, marilah melabur segera ke dalam dana unit trust Public Ittikal ini.

Thursday, September 8, 2011

UNIFLEX PLAN – Mencagarkan Pelaburan Unit Trust Untuk Kemudahan Overdraft

A'kum semua,

Memandangkan ramai yang bertanya saya mengenai Uniflex Plan Public Bank, bersama ini saya sertakan sedikit maklumat mengenai Uniflex plan.

Jika anda merupakan pelabur unit trust Public Mutual Unit Trust dengan pelaburan secara tunai (pelaburan melalui KWSP tidak dibenarkan), and boleh mencagarkan pelaburan unit trust anda kepada Public Bank untuk kemudahan overdraf.

Untuk cagaran kemudahan overdraf:-

a)Margin maksimum pembiayaan overdraf ialah 80% daripada jumlah harga semasa pelaburan di pasaran (sewaktu permohonan)

b)Jumlah minimum OD ialah RM 10,000 sehingga maksimum ialah RM 500000 (80% daripada jumlah pelaburan tunai UT)

c)Kelayakan minimum pelaburan tunai PM = RM13000

d)Interest rate = BLR +/- kadar semasa

e)Kelayakan umur pemohon 10 hingga 60 tahun.

f)Penukaran ke dana PM yang lain setelah pelaburan tersebut dicagarkan tidak dibenarkan.

g)Dokumen diperlukan: Salinan IC, salinan pay slip 3 bulan, penyata bank, penyata dana UT yang ditandatangani oleh agen dan lain-lain bukti pendapatan yang dirasakan dapat membantu. Bagi yang berkerja sendiri, perlu sertakan borang B.

h)Permohonan perlu dibuat melalui Public Bank.

Kos-kos lain ialah RM 50 processing fees, Rm 10 stamp duty dan sebagainya.
Proses kelulusan mengambil masa sekitar 1 minggu.

Jika nilai cagaran jatuh disebabkan oleh kejatuhan harga pasaran, bank mungkin akan meminta tuan/puan untuk top up jumlah tertentu atau menurunkan jumlah kemudahan pembiayaan overdraf tuan/puan bagi menampung kejatuhan nilai cagaran tersebut.

*Untuk maklumat yang lebih tepat dan terkini , sila rujuk ke mana-mana cawangan Public Bank yang berhampiran.

Saturday, August 27, 2011

Kunci Kejayaan Pelaburan Unit Trust

1. Sentiasa menyimpan rekod pelaburan anda sejak mula melabur

2. Mengumpul unit sebanyak mungkin

3. Membeli unit pada harga yang rendah

4. Minimumkan purata kos seunit unit amanah (Pemurataan kos ringgit) dan sentiasa mengetahui purata kos seunit unit amanah anda

5. Menjual unit pada harga tertinggi

6. Banyakkan bersabar

7. Bersedia untuk mengalami kerugian

8. Menambah pelaburan ketika harga sedang jatuh (ini adalah peluang untuk membeli unit pada harga yang rendah)

9. Sentiasa membuat pemantauan ke atas pelaburan

10. Membuat pelaburan secara berterusan (istiqamah) dan berdisiplin

11. Berpegang teguh dengan objektif pelaburan unit trust anda

12. Kenali dana anda sedalam-dalamnya (objektif dana,harga terbitan, harga terendah dan tertinggi dalam setahun, kadar agihan setahun dsb.)

13. Pastikan anda mendaftar, sentiasa dan mahir menggunakan Public Mutual On Line

14. Jangan mudah panik

15. Sentiasa mendalami ilmu unit trust

16. Rajin-rajin kunjungi laman web Public Mutual atau laman web/blog agen unit trust anda untuk mendapatkan maklumat terkini Public Mutual dan juga maklumat pelaburan anda



Wednesday, August 17, 2011

Bila Waktu Sesuai Untuk Menjual Pelaburan Anda?

Pada kali ini saya kongsikan sedikit tips untuk membuat jualan balik pelaburan. Ye la kan..asyik topup je investment. Sekali sekala nak jugak merasa hasil pelaburan.


Bila time nak beli, orang akan bertanya bila masa yang sesuai untuk beli sesuatu dana unit amanah. Tapi kebanyakkannya tak pernah ambil tahu bila masa yang sesuai nak jual balik.

Ianya juga dikenali sebagai ‘exit strategy’.

Walau bagaimanapun, suka saya nasihatkan di sini agar hasil jualan yang diperolehi tidak dikeluarkan daripada akaun Public Mutual. Sebaliknya, jualan tersebut kita switch pergi ke fund yang kurang agresif seperti bond, income fund dan sebagainya di mana kita masih boleh mendapat pulangan yang munasabah walau pun lebih rendah berbanding dana ekuiti. Ini bertujuan untuk ’lock profit’ dan juga bagi membolehkan kita membuat persediaan untuk merebut peluang menambah pelaburan apabila tiba masa yang sesuai dengan keuntungan yang telah kita perolehi sebelumnya sehingga objektif pelaaburan kita dicapai. Masa yang sesuai ini ialah apabila harga unit dana yang baik jatuh dan menjadi murah.

Bila waktu yang sesuai untuk menjual/switch investment kita?

1. Apabila obkejktif pelaburan kita telah tercapai. Contohnya, kita target pulangan keuntungan 100% dalam masa 10 tahun. Setelah objektif itu dicapai, bolehlah kita menjual/switch pelaburan kita.

2. Apabila purata harga kos seunit kita lebih rendah berbanding harga semasa dan jumlah unit yang kita miliki juga boleh dikategorikan sebagai mencukupi. Jumlah unit yang dianggap mencukupi ini berbeza di antara satu pelabur dengan pelabur yang lain berdasarkan objektif pelaburan masing-masing.

Mudah je kan? So bersiap sedialah untuk membuat jualan balik jika dirasakan ianya perlu. Pelaburan tidak seharusnya berhenti di situ sahaja. Pilih dana-dana lain yang menawarkan harga unit lebih rendah dan berpotensi memberikan keuntungan.

*Jangan bimbang dengan kejatuhan harga unit semasa dana kerana ianya adalah peluang keemasan untuk menambah keuntungan kita pada masa hadapan yang kita sasarkan.

Friday, August 12, 2011

Testimoni Pelaburan Unit Amanah Public Mutual


Pelaburan Dana PISEF








Pelaburan Dana PIOGF, PISSF dan Public Ittikal







Pelaburan Dana PSF Secara Berjadual











Tahukah Anda Bahawa Anda Boleh Meningkatkan Pulangan Simpanan KWSP Anda?







Adakah anda berpencen? Berapakah jumlah wang bulanan yang anda perlukan untuk menyara hidup anda selepas bersara?

Sudahkah anda memastikan jumlah simpanan KWSP anda mencukupi untuk meneruskan hidup anda selepas bersara?

Nasi lemak yang berharga RM 1.50 sepinggan kini mungkin akan berharga RM 7 sepinggan pada tahun 2031 nanti. Kos perubatan yang bernilai RM 30 sekali lawatan kini mungkin mencecah sehingga RM 120 sekali lawatan pada 2031.

Dengan kos sara hidup, kos pendidikan dan kos perubatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang, mampukah anak-anak anda menyara hidup anda sehingga ke akhir hayat anda di samping menyara keluarga mereka sendiri?

Pulangan KWSP anda ketika berusia 55 tahun nanti, yang anda sangkakan besar jumlahnya kini mungkin lebih kecil nilainya jika harga semua barangan semakin mahal disebabkan peningkatan kadar inflasi.

Jadi, tidak mustahil lah ianya akan habis lebih awal bukan?

Penyelesaiannya?

Bagi meringankan masalah ini, Kerajaan telah membenarkan anda mengeluarkan simpanan KWSP di dalam akaun 1 anda untuk dilaburkan ke dalam unit-unit amanah seperti ASB, Unit Amanah Public Mutual dan sebagainya bagi meningkatkan pulangan simpanan KWSP anda.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi?

Laburlah ke dalam Unit Amanah Public Mutual sekarang.

Ramai yang telah melabur dan telah menikmati pulangan yang munasabah dengan risiko yang berpatutan.

‘Ketahui caranya hari ini !’

Hubungi Perunding Unit Amanah Anda segera:-

En. Mohammad Kamal bin Mohd. Mahfudz,
(B.E. (Mech) U.O.W, NSW Australia)
Tel: 016-6470651
Email: internetmal2u@gmail.com
http://unittrustkita.blogspot.com/

Nota: Pelaburan ini juga boleh dibuat secara tunai.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons